THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, April 27, 2010

Sentiasa Pandang ke Depan


Alhamdunillah..Dengan berkat Kuasa Illahi aku masih bernafas pada hari ini berbekalkan semangat untuk berjuang ke jalan yang diredhaiNya...

Oh Tuhan, ya Allah!
"Entah mengapa aku tiba-tiba terbangun dari tidur lenaku. Sungguh aku mengingati-Mu pada malam yang hitam pekat, ketika hamparan masa kotor berdebu. Aku berteriak kuat ketika fajar menyingsing sambil tersenyum lebar."

Teringat apa yang dikatakan oleh A'id al-qarni dalam bukunya La Tahzan "apa yang sudah pergi, biarkanlah ia pergi!" Ertinya, janganlah kita selalu bersedih hati dan mengingat-ingat masa lalu kerana ia adalah satu tindakan bodoh dan gila. Ia juga boleh membinasakan masa hadapan.

Bagi orang yang waras, kenangan masa lalu sepatutnya tidak perlu dipersoalkan dan diungkitkan lagi. Kerana, sejarah yang lalu perlu dibuang jauh dan ditutup sampai tidak kelihatan lagi supaya ia tidak terkena cahaya. Sesuatu yang sudah berlalu adalah sesuatu yang tiada lagi, maka mustahil bagi kita untuk mendapatkannya kembali.

Jangan biarkan hidup ini dihantui masa lalu, jangan biarkan hidup ini sentiasa dibayang-bayangi oleh sesuatu yang sudah berlalu. Adakah kita mahu mengembalikan kanak-kanak ke dalam rahim ibunya dan airmata ke pada mata.

Allah s.w.t sudah menceritakan tentang umat-umat yang lampau dan apa yang sudah mereka lakukan "Yang demikian itu adalah satu umat yang sudah berlalu." Segala sesuatu sudah selesai bagi mereka.

Malangnya kita tidak mahu dan berusaha menangani masa kini, sebaliknya kita sibuk memikirkan masa lalu yang sudah dibuang. Kita menyia-yiakan istana-istana kita yang megah, sebaliknya kita pula yang sibuk menguruskan runtuhan bangunan lama.

Sesungguhnya manusia tidah perlu menoleh atau berpaling ke belakang, sebab hembusan angin sentiasa menghala ke depan, air mengalir pun menuju ke depan, kafilah berjalan pun menuju ke depan. Justeru, janganlah cuba menentang arus dan aturan hidup, sunnah alam.

Don't be sad...
Allah s.w.t sentiasa bersama dan menjaga kita walau dimana kita berada...
Alhamdunillah...bersyukur dengan nikmat kurnia dari Allah s.w.t....

Hamba Illahi...

0 comments: